Kelas Oh My English Kg Pandan

26 September 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 22,23 dan 25 September 2015, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu telah mengadakan kelas Oh My English bertempat di Pusat Internet Kampung Pandan. Kelas ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi yang telah disertai oleh 10 peserta yang terdiri daripada penduduk sekitar Kampung Pandan yang berusia 15 tahun kebawah dan tutor Madam Khathijah Md Jaafar. Kelas Oh My English ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris ahli Pi1M Kpg Pandan

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
•Memperbaiki dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris terhadap pelajar sekolah.
•Memberi kesedaran terhadap kepentingan Bahasa Inggeris untuk masa akan datang

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
22 september 2015
•Sesi memperkenalkan diri
•Ice Breaking
•Pengenalan kepada kelas

23 september 2015
•Membuat aktiviti dalam kelas
•Persediaan Untuk membuat persembahan dalam Bahasa Inggeris

25 september 2015
•Sambungan dan Ulangkaji pelajaran yang lepas
•Mempersembahkan kerja yang diminta
•Kesimpulan kepada kelas

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali